Monday, April 18, 2011

Report kat mak kang kalo malas study! Huh.

Hai semoranggg!


Ok sebenarnya aku mengantuk. Mengantuk lepas baca bebarapa baris ayat. Ayat dalam buku maksud aku. Kemaen kan? Asal study je mengantuk. Asal study je tu la masa paling sesuai nak tengok cermin nak pijerrr (read: picit jerawat). Asal study je aku teros nak up entri dalam blog. Ace tengok bape rajen aku up entri bulan ni bebanding bulan-bulan sebelumnyahhh. Kekeke.



Nak cakap aku stress, tak pong. Tapi perasaan malas tu membuak-buak. Lagi malas dari biasa. Grr. Tolong la syaitonirojim jangan ganggu aku lagi. Aku perlukan masa mengadap buku. Dan sebenarnya masalah aku adelah line intenet. Ace cepat sikit line intenet. Kalo ko cepat kan aku boleh tweet cecepat, update fesbuk cecepat. Takde la buang masa, iye dak? So please, take note ok intenet? *jeling intenet*


Oh baidewei, haritu aku dapat ni. Alaa, jadi retis kalo dapat award kompem amek gambor kan? I pon retis, I pon nak begambor. Kikikiki.





Semorang jom belajor leklok pastu jom amek anugerah dekan jom jom! Tapi sebenarnya kalo aku dok up entri ni pastu aku tak study cane nak dapat dekan next sem? Hehhh. *baling laptop jejaoh*

Friday, April 15, 2011

Flying fox? Ape dehaaaal.

Haritu kan, aku kan, pegi kemping camping kat Dusun Eco Resort, Bentonggggg. (Tapi tak tido dalam khemah pon) Jeles tak jeles tak? Kikikiki. Ok meh nak cite dari Day 1 sampai Day 3. Ini adalah entri bergambar, so..


Pada suatu hari, aku dan kawan-kawan berkumpul di stesen bas UMP. Kami berasa amat seronok sekali, bertambah dengan kicauan burung dan tiupan angin menambahkan semangat kami pada hari tersebut.


Day 1

Kitorang bergerak dari UMP pukul 2.30 gitu. Memang rushing gila ah sebab bembarang baru nak kemas pagi tu, pastu aku boleh pulak terlupa nak ketip kuku. Yela, takot kang buat ape-ape aktiviti kang patah kuku I nokss! So aku pun dah takleh nak buat ape, terpaksa ketip kuku dalam bas.



Pon bolehhhh.



Sesampai di R&R mana-entah-aku-dah-lupa, aku pon ternampak pengat pisang lantas membelinya. Sedap. Hehehehe. Pastu kan, kitorang tenampak gerabak tentera pastu aku pon macam seksaited kat tayar. Huehuehue.






Dan perjalanan kami diteruskan. Dah sampai tu kan, tetengok talipon kan, coverage ade satu bar je. Nebes. Nebes hanya tuhan yang tahu. <--- Tipu. Tak nebes pon. Sebab coverage untok celcom takde teros, pastu aku rasa hebat boleh jeleskan semorang sebab aku guna Maxis. Padan muka sapa suruh tak guna Maxis. Keh keh keh. ƪ(˘⌣˘)┐ ƪ(˘⌣˘)ʃ



Baiklah.



Ace zoom pekebende ade dalam bag Eiqa. Astaga..



GILA BEG AKU BERAT TAHUUU? BALING KAT KATAK, MATI 15 KALI.






Jakun naek lori. Kekeke.






Bende first aku tengok, teros rasa nak balek. Hehhh.



Then macam biasa, ada ice breaking session. Waktu malam. Memang sejuk gila aku dah rasa macam nak demam dah. Malam tu memang happening gila, semorang dok perkenalkan diri, siap dengan peranan sume bende lah. And some of 'em cakap pasal isu-isu dalam UMP, and I was like, "Err, yeke?" "Ohhhhh" <---Kekeke noob habes. Kesian, tak peka pun pasal UMP. Lepas dengar pendapat memasing kan, berbangga pon ada ngan dak-dak ni. Kemaen hihihi.




Dija buat magic. Tadaaaa! Keh3






Saddan tak pandang aku pun. Akur.



------------------------------------------------------------------------
Day 2

Pepagi kitorang bersenam. Pastu kannnnn, aku dah mula rasa nak muntah. Pastu aku pon termuntah. Malu beb, teros hilang macho. Aku memang dah rasa tak sedap badan dah the day before tu, tapi aku tahan je. Lagipon aku ada makan cucur ubi. Dorang cakap ubi buat angin, pastu mungkin aku masok angin kot. Err, entah. Pastu untuk sesi pagi tu aku pon berehat dalam bilik, Dija jaga. Terharu :') Pastu dorang pon begambor tanpa aku. Fine.






Ce zoom muka Eiqa. Kekekeke. Dia bawakkan makanan ntok aku, teharu :')


Petang tu kitorang ada explorace, followed by rentah halangan. Explorace best, tapi penat. Rentah halangan laaaaagi best! Tapi malangnya takde gambor sebab dorang tak kasik bawak camera. Oh, petang tu aku dah sehat dah, lepas makan lepas buang angin banyak kali. Hihihihi.














Sebelah malam pulak ada nightwalk. Banyak kali aku jatoh. Kesian dowhh. Haha. Dahla petang tu aku jatoh tangga depan bilik. Adoyyyy.


------------------------------------------------------------------------
Day 3

Haaaaa. Harini kena buat flying fox. Pastu kena naek jambatan gantung tu. Ingat tak aku cakap pasal aku gayat? Turned out, aku tak takot langsongggg!!! Serious. It was SUPERB. Nak buat flying fox lagiiii!! Rasa nak ulang alik je naek benda tu. Hikhikhik.









Aku tak tau ape aku buat. Tapi Eiqa macam kelakor je, kan? Kah kah kah.









Kurang kaseh sayang.



Group kitorang. (Sume satu kelas je senanye T__T)




.TAMMAT.


p/s: credits to Saddan for the photos. And Dija for inviting us! :)

Thursday, April 14, 2011

I choose you, (isi tempat kosong).

Tahu tak macamana hidup aku sekarang? Macam ni.


























.


Kosong. Tsk. Aku kesian pada diri sendiri. Korang tak kesian ke? Ok takpe, takyah jawab. Kang lagi aku sedih sebab korang tak kesian. Ok kan aku dah tau korang tak kesian pun. Nangis.




Hai. Aku tengah depresi sekarang ni. Aku sedang berada dalam keadaan di mana aku takmo orang bercakap dengan aku, but at the same time, aku perlukan seseorang. Sumpah rasa useless gila. Useless yang aku rasa aku takde motif nak hidup. Takde jiwa keriangan dalam hidup yang mampu buat aku bernapas. Napas aku sesak. Andai kata aku dihanyutkan kedalam air, akan ku pilih untuk berada kekal di dalam air bersama ikan-ikan yang tidak perlu berkata apa-apa denganku, namun terus tetap memberikan sebab untuk aku bernyawa, dari diselamatkan oleh orang, hanya untuk bernafas dan kembali hidup tanpa perasaan bernyawa. Wah kemaen! (Oi aku berpuitis ni, korang paham tak? Heh.)




Hidup sorang-sorang ni buat aku rindukan teman. Aku rindukan kucing aku dua ekor ni. Masing-masing dengan gelagat sendiri. Miley, kucing aku dari tingkatan 4. Dulu kemaen memanja dengan aku, lepas first time dapat injection, HAH JANGAN HARAP NAK TENGOK DIA MELABUH PUNGGUNG KAT PAHA AKU SESIKIT NAK CEKAU TANDA PROTES TAKMO KENA INJECT LAGI KONONNYA. HAKTUIHH. Sebaek comel. Nama Miley aku yang bagi. Serius memalukan sebab semorang cakap aku amek nama Miley dari Miley Cyrus padahal memang betol pon sebab Miley Cyrus. Kikikiki. Hello, zaman tu zaman you get the best of both worlds okayyy? Baidewei, Miley ni senanye penakot. Penakot yang.. Eiqa Abidin pon kalah. Tehee. Semorang ingat dia garang, padahal time dia buat bunyik-bunyik suara garau tu senanye dia yang takot. Boo Miley, booooo~



Boo Miley.
Senanye kan, bile tengok balek gambo ni Miley macam takde kepale. Heh. Kan?



Bagi mengisi kekosongan hidup Miley, my father bought a new kitten. Penat pikir nama dia. Memula mak aku nak bagi nama Jeans. Adek ngan kakak aku nak ape ntah. Last-last nama dia Baby Phat. Aku kot yang bagi. Kot. Keh keh keh. Ala, yang macam brand Kimora tuuuu. Tapi Kimora nyer tu tak demok. Yang kitorang nyer demokkkk. I mean, DEMOKKKKKK!! Keje dia makaaaaaan je tahu? Makanan Miley pon dia yang kebas. Sampai kesian kitorang tengok die jalan, berat sebab perot je. Kekekeke. Pastu dorang cakap Baby Phat ni macam aku. Jangan tanya kenapa. T____T



Zomelsssss. Macam tuan dia. Kikikiki



Kalau boleh, naaaaak je aku curik bawak dedua ekor ni mai sini. Rindu tahu? Bosan ni. Hmm. Kekadang teringin gak nak bela Hedgehog macam Joni Huda Luna. Tapi geli. Kekeke. Haritu Huda kasik pegang pon aku tak sanggop. Dia kembang kucup aku takotttt. Tapi geram. Hahak. Nak bela binatang gakkkkk!! Takpe takpe, cuti sem ni nak kumpol duit pastu nak beli burung merpati ke kancil ke. Ha. Ok tak tak, aku nak sugar gliderrrrrr. Tapi Huda cakap dia gigit. Tapi cambesttttt. Hamster pon boleh gak. Sambadi, belikan I suma-suma ni pelissssss?



Kesian pulak aku tengok diri aku ni, kurang kaseh sayang gamaknya. Pukul 10 dah ni, mandi pon tak lagi. Oh, takde sape pedulik pon. Bai nak main chess.


Wednesday, April 13, 2011

Jam tepat menunjukkan pukul 6.

Jam tepat menunjukkan pukul 6. Pisang goreng dalam plastik masih ada 10 bijik, tak disentuh. Dalam hati dah mula rasa menyesal, kenapa la aku beli 2 ringgit. Ingat cukup ke makan pisang 10 bijik? Dahla kemaen pisang goreng zaman sekarang. Punya lah mahal sampai 5 bijik seringgit. Doploh sen sebijik wohhhh. Mahal siotttttt!



Enuff pasal pisang. Aku bercerita ni bukan nak fokeskan pasal pisang. Sudahla mahal. Kecik pulak tu. Ceit! Ok ulang balek. Jam tepat menunjukkan pukul 6. Pisang goreng dalam plastik masih ada 10 bijik, tak disentuh. Perut dah kriok kriok berbunyik, konon nak bagi warning dekat aku. Ape ingat dia sorang yang tahan pedih derita? Aku pun tensi tahu dok layan nafsu dia aje. Jangankan pukul 6 petang, 3 pagi pon kemaen nak bebrunyik bagai. Kalau masa sedap-sedap tidur tu, sanggup aku bangun carik sekuk Hup Seng demi perut. Huh, pesen tak mengenang budi memang cemgini. *jeling perut*



Hati aku mula rasa berdebar-debar dupdapdupdap rasa. Aku tenong jaoh ke arah pisang kecik seploh bijik tu. Takde respon. Aku tenong lagi. Masih takde respon. Aku mula rasa tak tahan. Jari jemari runcing ku menghampiri pisang pisang tersebut. Aku jadi tidak keruan. Sedapnye pisang, hatiku berkata. Bergetar seluruh tubuhku. Lantas ku capai kesemua pisang.









Alhamdulillah, itu saja mampu ku lafazkan *kunyah laju-laju*

Tuesday, April 12, 2011

When you love someone.

Somehow this song reminds me of my dad. Tak tahu kenapa.


Ayah, angah rindu ahhhh! :')

Monday, April 11, 2011

Kenapa gelak?

Entri ni panjang, tapi aku pedulik apa, aku yang type. Negeheh.


Hai anda dan anda dan anda. Mak aihh, banyaknya hurup A dan N dan D. Ok sekali lagi hurup A dan N dan D menguasai petikan intro -___- Hehh. Tak boleh jadik, tak boleh jadik. Meh nak start balek. Hai semorangggg!! Ha, much better :)




Bagi mereka yang kenal aku dan pernah jumpa aku dan sewaktu dengannya, satu bende je orang akan perasan. Aku kuat gelak. Sikit-sikit gelak. Sikit-sikit gelak. Mungkin perception first yang korang akan bagi, aku takde masalah, aku takde problem. Bila tanya one word describes me, confirm ramai yang jawab aku happy-go-lucky (lah kononnye) Well actually, aku ada banyak problem dalam otak, dalam hati aku. Ya, aku serious ni.




Pernah dengar tak, ada saying yang cakap, orang yang nampak paling happy ni laaaaa yang paling sedih. And aku setuju sangat dengan saying tu. Ramai dah aku jumpa orang macam aku. Maksud aku, yang luar nampak happy, tapi bila dah ada deeper conversation ngan orang-yang-macam-aku, rupanya ada satu benda yang buat dorang tak happy. Mungkin cerita dari kecik dan mungkin, masalah dia sendiri. Aku tak tau camne nak ekpslen. Tapi nampak tak pebende aku nak cakap ni? Tak nampak? Heh, ok takpe.




Ini aku. Maksud aku, the whole picture. (well, not literally. heh)




Dan sebenarnya begini. Aku memang nampak happy luaran. Dan memang aku happy. Cuma, ada banyak perkara yang tak berapa happy dalam hidup aku, yang aku tak pilih nak cerita kat orang. Ok mungkin a few yang tau cerita aku. Ok mungkin cuma sorang. Sorang yang aku letak kepercayaan. Tapi mungkin dia tak paham lagi apa hubungan perangai happy aku dan apa yang aku lalui. Takpe lah, aku dah penat buat dia paham. Dan mungkin dia pun takmo paham. Sila lah cakap aku gedik. Sila lah cakap aku bangang dan apa lagi kau nak cakap. Tapi tolong paham, aku tak sehappy kau. Bersyukur lah ya?




Aku bukan nak cakap yang aku tak bersyukur dengan hidup aku, aku syukur sangat, Syukur dengan family aku. Syukur dengan kawan-kawan yang aku ada. Cuma ada perkara yang menyedihkan. Dari kecik dah biasa dengan sedih, so sampai besar aku cuma mampu gelak. Emosi aku cepat berubah. Hampir semua cerita aku tengok aku boleh nangis. Dan cepat berubah emosi, dari nangis, aku gelak balek. Sampai lepas aku nangis pun orang tak tau yang aku baru lepas nangis. (Ok bunyi dah macam aku ni gila pulak, kan? Heh)




Aku ni jenis yang suka bercerita. Kalau boleh kat semorang pon aku nak cerita sume benda. Kalau kat Twitter, memang terpacul muka aku sebab nak cerita bende je. Heh. Tapi satu benda je yang aku tak bukak ke public. Masalah aku. Masalah saket perot senggugut tu belakang kira lah. Ni masalah dalaman. Masalah aku lahh. Haih, sebok jugak nak tau. Kekeke. Kadang-kadang masalah yang aku ceirta kat korang tu cuma minor je. Ada yang major lagi sebenarnya. Cuma aku pilih untok senyap. Untok simpan sorang-sorang. Aku pun tak sangka hati ni kuat. Ececehh.




Kalau pape, yang paling memahami cuma kakak aku. Tahu tak orang yang paling aku sayang is kakak aku? Well of course aku sayang mak ngan ayah aku. Tapi ni dari sudut lain. Orang yang paling paham aku, paling sayang aku, aku tau kakak aku. Walaupun jarak aku ngan dia jaoh, tapi dia la yang selalu ada dengan aku. Dia tak kesah aku gila-gila, sebab dia tau aku macamane. Dia nyawa aku. Adeh sebak pulak tetibe.




Dan mungkin akan ada yang paham aku, tapi aku tak cerita pun masalah aku kat orang, so sebab tu lah. Dan terima kaseh semorang. Pembaca blog ni, pembaca cerita aku kat Twitter, pembaca cerita aku hari-hari. Salam peluk ciom dari aku, VIRTUALLY. Keh3.







My focus is to forget the pain of life. Forget the pain, mock the pain, reduce it. And laugh.


Friday, April 8, 2011

Of The Kesayangans & #Geng Perot.

"If you want to know who your real friends are, just remember who was there for you when everyone else left."



Semorang perlu someone. 'Someone' dalam konteks aku, adalah kawan. Macam aku, aku tak hidup (read: alive) tanpa kawan. Life has been easy with them. Aku sayang kawan-kawan aku. I'm blessed, bila masok U ni, aku dapat rasa the definition of kawan actually varies. Ramai dah aku buat kawan kat sini. Seronok sangat! Baru first year, aku dah mula rasa sayang nak tinggalkan diorang bila habes study karang. Sedih tahu? Dahla aku dudok jaoh. Dorang mesti rindu aku gila-gila aku syak. Tahu dahhh. Kehkehkeh.



Ade banyak group of friends aku buat. First, The Kesayangans. They're like sisters to me. Ok tak, mungkin lagi macam mak-mak. Kenal diorang since the first day I got here. First-first dulu, kerja aku gelak sensorang je dengar dorang cakap. Every words they're saying, aku gelak. Gelak sebab aku tak paham. Kekeke. Cepat gilaaaaaa wehhh! Haha. Ok kalo cakap cepat aku boleh paham lagi since aku pun dalam track yang sama. Tapi ni, dorang cakap Terengganu, mana la aku nak paham. Pekat lak tu. But hey, aku doh bulih kechek gapo dio sek-sek iyo dok kechek lamo nih. Kikikiki *angkat collar baju*. Dorang betol-betol macam mak-mak. Walopun gila, tapi dorang la yang ajor aku masak pe sume. Bila aku demam, dorang pegi carikkan pisang ntok aku. Teharu sangat :'( Tetiap hari tanya aku dah makan ke belom. Aku sayang dorang sangat sangaaaaaat.


The Kesayangans.



Next, is #GengPerot. They are my favourite part. Well obviously, nama group pon dah tahu, kan? Heh. Semua pesen kuat-makan-dan-tak-kisah-gemok-tapi-pastu-bila-nengok-timbang-dok-hoohaa-hoohaa-tapi-pastu-makan-lagi. Hebak semuanyaaah. Asal makan je, kompem muka kitorang terpapang. Senanye kitorang ni course-mate, and start rapat since satu hari tu aku..err, heartbroken. Bila dorang tahu aku heartbroken, dorang ajak jenjalan, to cheer me up obviously. Dorang tau aku heartbroken pon bukan aku bagitau. Eh okay mungkin certain tau dari twitter. Heh. For being sangat concern pasal aku, thanks banyak-banyak koraaang!! So kebetolan masa tu ada show Faizal Tahir. Punya semangat nak tengok abang FT, tapi last-last tak sempat pon nengok die sebab lambat sangat. Tapi still, aku happy masa tu, walopun at the same time aku nangis macam mati laki. Hehh. You guys really made my day.



Kesian Saddan ngantuk.


Eiqa, T____T



Dalam gambor macam ramai, tapi member tak sume yang active. Yang active cuma kitorang Majlis Tertinggi ni jek. (Kemaen kau siap ade MT lagi. Hehh!) Members: Darimo, Saddan, Eiqa, and Me!



And last but not least, ze besfrenggg. Die ade dalam dua-dua group kat atas. One word to describe her. Sengal.



Hi Sengal, kekekeke.



Yes I made new friends, but that doesn't mean that my old friends are forgotten. They're still my friends. Old & new :')

Thursday, April 7, 2011

Saje nak bagitau.

Ace nengok sikit header blog aku *kening kening* kikikiki.



Takdela lawa mane kan, tapi tu lah, first time aku buat header gini ngeh3. Kite tak terel ah nak buat header lelawa, wakkk. Ni je paling lawa sepanjang tempoh hidup ni. Tsk tsk.


Ok tu je, penat dah taip. Bai!

Wednesday, March 30, 2011

Cara nak jadi Pedana Menteri. (edisi Nurul Kemp, 2011)

Sebenarnya aku dah penat bila orang pandang aku, dan teros label aku as "Woah, you're sooo immature, please grow up." Pffft! djdkjlokrpslpcrl!! Like duhhhh? Nak aje aku cakap dedepan muka orang tu mata betentang mata, mulut bukak besor-besor: KAU TAU KE APE AKU DAH LALUI SELAME NI?


Eceh.


Aku tensi betol bile orang label aku macam-macam ni. Lagi-lagi bila gini; "Hamagad, macam orang putihnye kau" "E'eihh nape muka macam Selena Gomez ni?" "Hakela, muka macam retis ni takkan takde Facebook FanPage?" Kalau korang jadi aku, kau bengang tak bengang? Ingat senang ke nak jaga spekulasi diri ini? Kalau kantoi aku ni artis ni macamane? Kehkehkeh.



Sebenarnya aku nak cerita seperkara ni je. Jangan la sukati label orang macam-macam. Tak elok tawu? Tak elok untok kau dan tak elok untok orang yang mendengarnya. Bila kau dah label orang memacam, kompem-kompem kau dok heboh kat kengkawan kau en? en en en? Pahtu nanti kawan kau pulak ter-label kau. Pahtu kang kawan kau punya kawan pulak ter-label kawan kau sebab label kau. Pahtu kawan kawan kau punya kawan punya kawan lagi label kau dan kawan kau dan kau sekali. Hai, kompius kewww? kekeke. Ha, jangan ah judge people ekot sukati kau je. Macam aku, nampak je mulot becok tapi comey, padahal aku comey je, mulot tak becok pungggg. Hik hik hik.



Ok setakat tu je nilai moral aku nak tunjokkan. And oh, cerita aku tak habes lagi.



Bila bercakap pasal maturity, yes I admit kemkadang aku memang sewel sket. Ok fine, sewel banyak. Macam kena sawan pon ade. Heh! Tapi tu tak bermakna I'm not as mature as you are, yang sukahati dok label aku tuwww! Okay now let's talk about how our minds are functioning. Macam aku, luaran je terkinja-kinja. Bila kau selami otak dan fikiran aku, perghhhhh kemkadang aku rasa macam dah boleh ganti Tun Dr. Mahathir. Aku boleh pikir lagi camne nak bangunkan Mesia ni. Cume strategi tu aku takmo ah bagitau camne. Tengok, kemaen kan aku siap merahsiakan hal yang bakal aku bawak ke kerajaan nanti. Hello, ingat omputih tak bace belog aku ke? Kalo rahsia tebongkar cane? Rugi tahu? Rugi!



Ehem.



Dan bila bercakap pasal nak jadi perdana menteri ni, aku teros bercadang nak mulakan taktik merapatkan hubungan dengan rakyat jelata. Macam Rusmah Mansur (bukan nama sebenar) cakap, "Rakyat diutamakan." Kikikiki.



Taktik aku bermula dari:


1: Beramah mesra dengan Rusmah Mansur, tanya perihal rakyat dan tips dandanan rambut.



2: Terai test camera berfungsi ke tak masa dengor ceramah.



3: Tadaaaaaaaa!



4: Memberikan contoh muka bahagia. Boo! Takot tak takot tak?



5: Tadaaaaaaaa!



6: Jemo spenda. *kening kening*



7: Beramah mesra with the special ones :)




9: And last but not least, World Peace.





So pasni aku syak aku dah boleh calonkan diri dalam undian pekebende tu ha. Ok, aku nak pegi sediakan teks ucapan ni. Yela, kompem lepas orang bace entri ni ade yang nak suroh aku berucap nyerrrrr. Tau dahhhh.